} contiang

25 November 2014

Cuti-cuti Alor Setar - Kuching ~ Meowwwwwww



Assalamualaikum..

Lamanya tak contiang tang ni. Tak tau nak cerita apa. haaa. ni ada cerita. Awai bulan haritu aku dengan rombongan cik kiah hehehe tengah tengok rombongan cik kiah ni. Sorry sorry. Aku dengan family aku pi Kuching untuk berkonvo sambil bercuti. Kami p lapan orang. Termasuk dua budak kenet yang super buass. Grrr malas layan. hahaha.. Nak cerita nak cerita tapi malas nak karang adoyai. masalah besaq betoi la. Tabik spring betoi kat blogger2 yang mampu contiang sampai memukau para pembaca melokat kat blog depa tu. Hebat hebat. Kesimpulan dia aku cerita paling ringkas la na.

31/10/2014

Naik flight dari Alor Star-KL-Kuching. Dekat dekat pukul 5 petang sampai la kami di bumi kenyalang. Sampai sampai tu tuan kereta sewa dah ada kat airport. Memang terbaik la service dia. Aku book Avanza tp dia bawak mai Innova. Pehh.. Sapa tak mau. Harga sama. Hahahaa.. Lepas isi resit pakebenda tu maka kami pun follow la kereta dia pi homestay sebab homestay pon aku book dengan dia, Homestay tu kat Taman Sri Wangi, Matang. Follow follow follow maka sampailah ke rumah tersebut alkisahnya pun aii. Rumah dia sangat ok la bagi aku, Rumah besar. Sangat selesa untuk lapan orang. Lagi ramai pon boleh ni. Toilet ada dua. Bilik semua ada aircond. Dapur lengkap semua peralatan. Washing machine, rice cooker, iron and TV ada astro. Yang bilik pulak rumah ni ada 4 bilik tapi dia kunci satu bilik. So kami guna 3 bilik saja. Kalau group yang lagi besar maybe dia akan buka bilik tu jadi 4 bilik dan upkan harga la kot. Katil queen ada setiap bilik. Dan dia sediakan 2  extra tilam single. ok dah habis cerita pasai rumah. hehe

Dah sampai rumah tu kami semua pakat rileks2 dulu pastu malam baru keluar. Malam tu plan nak keluar pi Waterfront. OTW pi tu boleh pulak mak cik mak cik aku ni terrr nampak Plaza Satok. Depa suruh pusing balik nak pi masuk dalam tu. Hai la, hahaha. Tengah depa dok beli barang apa ntah kawan mak cik aku yg menetap di kuching tu mai nak ambil barang dia kirim. Mak cik aku pulak pi lupa nak bawak barang kawan tu. Tertinggal kat homestay. Lepas depa beli trus blah la dari Plaza Satok tu terus balik homestay dengan kawan mak cik aku tu sekali pastu pakat malas nak keluar dah. Aku pulak clasmate aku mai ambil p minum-minum kat Seven on seven reunion kecil kecilan katanya. hahaaha.. Ya la lepas ni susah nak jumpa kan. Konvo ni la last nak jumpa ramai-ramai kan. Maka berakhirlah perjalanan satu hari.. To be continue. keh3.. mengantuk pulak rasa ni.



Lupa nak habaq harga homestay dengan kereta yang aku guna. Kot kot hampa nak pi senang la pi deal dengan owner ni.

En Faisal 012-8090165

Homestay 4 malam - RM800 
Kereta 4 hari - RM600


19 November 2011

Maksud dan Kelebihan Ayat Kursi



                                           

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat  255)


Kelebihan Mambaca Ayat Kursi
  • Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia. Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat".
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."                                                                       
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Amalkan lah membaca Ayat Kursi dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan kita sentiasa dipelihara oleh-Nya. Amin


09 November 2011

Sehari Bersama Santubong

Mentang2 la lama x update, update 2 post trus.. Ni cerita hari raya kedua bersamaan hari Isnin bersamaan 7 November 2011. Pagi2 lagi dah bgun smgt nak jalan2.. Sebenarnya sblom cuti mcm2 plan. Nak p Bako la, hiking Gunung Santubong la, jungle treking la.. Last2 smua cancel pasal takot hujan kan, kan skg musim hujan. trek licin suma. Sangat bahaya untuk kami yang jauh di tempat org ni kan.. klu apa2 jadi kan susah. (Jauh la sgt..)


Last2 tau kami p jgk Santubong, tp bkn untuk hiking.. hahhaha.. kami p Kampung Budaya @ Sarawak Cultural Village. Sampai2 je trus ambil gambar.. alahai pompuan


Tiket masuk RM60. Tp pasai kami student dapat la RM15.. hehe



























                        
macam kanopi kan rumah ni.. comel


saya n syamnas.. hehehe




Pas da hbis pusing satu Kg Budaya, kmi teruskan perjalanan ke pantai.. hehe.. Mula2 ingt nak masuk Pantai Damai. Tiket masuk Damai RM3. tp disebabkan kmi da pernah masuk b4 nih, kmi cancel p pantai 2..  Kami try pusing2 area situ kot2 ada pantai x berbayar n boleh lepak2.. hahha.. masuk punya masuk Kg Santubong, jumpa la Pantai Puteri.. ok jgk la pantai 2.. Tgk bawah ni


tudia.. depa main jengkek lagi
Cantik kan





Lepas habis bekelah kat pantai tuh kami pon gerak blk Kuching. P mkn kat waterfront.. Gambaq mkn x sempat ambil jgk pasal smua kalut mkn x hingat pasal tgah hari x mkn nasik lagi.. so mlm 2 bedal habis2san. Lpas mkn p ambil gambaq sket sbg penutup perjalanan hari tu secara rasminya.. (Sinah ambil gambaq x flash pulak dah.. spoil betul).. haha

l

Raya Aidil Adha bersama lontong di perantauan (perantauan la sgt)..

Asalamualaikum.. wah terasa sgt lama tak update blog.. mmg lama sgt lah. dah bapa bulan da ni.. haha. kdg2 kan rasa nak update tp mls, kdg2 bz. bz wat apa aku pon x tau la.. bz wat2 bz kot..

Erm memandangkan cuti raya korban baru2 ni aku x blk kg, ktwg wat2 hapenning la kat umah sewa sekankang kera aku tuh.. padahal tggal bapa kerat je yg x blk.. tp untuk menunjukkan kemeriahan kami kepada yang balik kg seperti cik aina mardhiyah, terpaksa la wat2 happening kan..

pada mlm raya tu, aku ngntok gila kot.. aku bantai tdo dulu dari kol 7.45mlm-2 pg baru aku bgn.. hahhaa.. aku bgn tgk haousemate aku x tdo g.. so bermulalah aktvti di dapur pd pkul 2pg.. tung tang tung tang kat dapur 2..  smua x tau masak lontong kot.. so main hantam ja campak bahan2 dlm periuk.. hahha.. master chef lontong klu bkn si Sinah sapa lagi.. hahhaa.. aku tlg menyibuk ja kat citu.. aku nya tugas lak kena buat sambal tumis ikan bilis.. hahha.. aku pon x kurang jgk campak2kan semua bahan2 yg dirasakan betul ke dlm periuk x bergas tu. psal ktwg guna rice cooker.. sorang lagi housemate aku yang x blk adalah Sya.. dia punya kepakaran dalam mmbuat puding jagung.. hahahha.. lupa nak bgtau, aku bgun2 kol 2 tu dia dah siap dah msak puding jgung tuh.. semangat gila nak raya...

ni antara xtiviti ktwg pada pkul 2-4 pg hari raya..


Lepas dah hbis masak tu, dorang da ngntok x hingat.. aku jerk x ngntok pasal baru ja bgn kot.. hahha.. tp aku tdo gak kol 5pg tuh kejap.. kol 6 bgun.. siap2 g sembahyang raya kat masjid UNIMAS. ramai jgk la yang x balik kg.. penuh masjid ( bkn masjid tp dewan yg djdkan masjid pasal ramai sgt).

ni la xtviti lpas smbahyang raya... bergumbira bersama kawan2 yang x berapa ramai tuh.. haha..

geng FIT
geng FEB
ni antara juadah ktwg kat para jemputan.. hahhaa

puding Sha yang sgt2 sedap

sambal ikan bilis bersama lontong Sinah.. hahha.. nmpak mcm sedap. tp mmg sedap pon.. orang la kata.. kami x kata..  perasannya.. eeeewww

lepas mlyan tetamu dirumah comel kami, kami p serbu rumah Aida plak.. 





lps je hbs bercomel2lan kat umah Aida, kmi p beraya rumah Uncle Aida plak.. hihi.. tp x da gmbar la.. sebab semua bz nak mkn x sempat nak snap pic.. smua menunjukkan kelaparan di rumah uncle Aida. pasal mcm2 ada.. terasa mcm blk kg oo.  rendang, ktpat pulut, nasi lagi aku bedal.. hhehe.. sampai citu saja perjalanan raya pertama di tempat org.. 



08 April 2011

Couple or Trouble

Couple or Trouble ka Fantasy Couple? nak yg mana.. hehehe.. sama ja dua2 ni.. dua tajuk 1 cerita.. Ni la drama korea yang aku rasa paling aku suka sgt2. Wlupon crita ni da lama since 2006 lagi tp bg aku drama ni mmg tip top la.. bkn 5 tp 10 bintang aku bg. first time aku tgk drama ni dah lama.. tahun 2008 kot seingat aku.. kira time tu aku kt uitm lagi la.. 


Drama ni dibuat berdasarkan Filem Hollywood (1987). Aish aku pon x lahir lg ni.. Filem Overboard. Genre drama ialah Romantic comedy. Sgt2 comedy. Klu stress n tension2, nak final exam, pekata sblom stdy week anda bermula, kita mulakan dgn tgk drama lawak ni.. hehe.. pas tu komfem boleh stdy dgn tenang time stdy week nt. termenghasut plak.. sori!! layan drama ni mmg ptt la.. Pecah perot layan.. gelak guling2 punya.. Lawak sgt.. Kira aku tgk berkali2 pon x muak la.. sedap je.. hehehe


sinopsis : 

perempuan ni  Jo Anna sgt lah bongkak + sombong + biadab.. biasalah org kaya kan. suami dia Billy ikut smua cakap bini. (takot bini). Then 1 hari 2 Anna tlh terjatuh ke dlm laut semasa bergaduh dgn Billy. Time Anna ni sedar di hospital, dia mengalami amnesia. Jang Chul Soo yg kbtulan ada di hospital tu tlh mengaku Anna adalah isteri dia n bg nama Na Sang Shil untuk kepentingan nya.. ketika di rumah Jang Chul Soo, Anna terpaksa melakukan mcm2 kerja rumah yg sblm ni dia x pernah buat. dan terpaksa menjaga 3 orang anak sedara Jang Chul Soo.. hahaha.. so funny.. padan muka..





Watak Utama :
Han Ye Seul sebagai Jo Anna  / Na Sang Shil 

sebelum Amnesia, sgtlah bongkak dan biadab


Semasa Amnesia, serabai n old fashion keran terpaksa tggal dgn hero (tidak dikenali)  yang sgt kedekut. Time nilah  byk perkara lucu berlaku..




 yang sebelah kanan tu Kang Ja. dia lah penyeri dalam cerita ni.. sbb jd orang gila.. hahaha.. cian.. cian jgk kat Na sang shil terpaksa kwn dgn org gila..




tgk dia mkn.. teruk btul.. hahaha
 


Ni hero dia..  & my hero(perasan!!!) hehe
Oh Ji Ho sebagai Jang Chul Soo

sangat mantap kan.. hehehe.. ni antara faktor utama aku suka tgk drama ni.. hahaha.. terkantoi pulak



Kim Sung Min sbg Billy.. husband  Jo Anna  / Na Sang Shil 

 watak suami dia juga sgt lucu... takut bini



Ni time dia x amnesia lagi.. kehidupan sgt mewah..



 HAPPY ENDING Maaaa... Tp bkn dgn suami dia.. MySpace









13 March 2011

saya budak baru belajar

Asalamualaikum....

akhirnya siap jgk blog yang huduh ini.. hehe.. sori na klu sakit mata mmndang.. aku baru ja wat blog so xdan nak explore smua lagi.. aku akn improve sampai mata hampa x sakit da na nanti.. :)

apa nak bgtau lagi ha?? ermm.. sebenarnya da lama teringin nak wat blog ni tp kan kan kan aku malas & xtau nak tulisb apa.. 2 yang makan tahun baru buat.. haha.. wlupon aku x da blog sblom ni tp aku suka baca blog org.. klu tension2 ka boring2 tahap gaban ka aku main terjah ja blog sapa2 yg bes.. hehehhee.. kadang2 smpai x tdoq la baca blog org.. hebat no depa punya karangan smpai aku rela x tdoq..

haa.. 1 g aku ni mmg fail bab mengarang.. so klu aku tls tunggang terbalik 2 hampa buat2 paham la no..
byk g nk cerita tp pasai sat g ada group discussion, aku makan mandi apa pon dak lagi, so lenkali cek smbung na.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
,