} contiang: November 2011

19 November 2011

Maksud dan Kelebihan Ayat Kursi



                                           

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat  255)


Kelebihan Mambaca Ayat Kursi
  • Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia. Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat".
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."                                                                       
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Amalkan lah membaca Ayat Kursi dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan kita sentiasa dipelihara oleh-Nya. Amin


09 November 2011

Sehari Bersama Santubong

Mentang2 la lama x update, update 2 post trus.. Ni cerita hari raya kedua bersamaan hari Isnin bersamaan 7 November 2011. Pagi2 lagi dah bgun smgt nak jalan2.. Sebenarnya sblom cuti mcm2 plan. Nak p Bako la, hiking Gunung Santubong la, jungle treking la.. Last2 smua cancel pasal takot hujan kan, kan skg musim hujan. trek licin suma. Sangat bahaya untuk kami yang jauh di tempat org ni kan.. klu apa2 jadi kan susah. (Jauh la sgt..)


Last2 tau kami p jgk Santubong, tp bkn untuk hiking.. hahhaha.. kami p Kampung Budaya @ Sarawak Cultural Village. Sampai2 je trus ambil gambar.. alahai pompuan


Tiket masuk RM60. Tp pasai kami student dapat la RM15.. hehe



























                        
macam kanopi kan rumah ni.. comel


saya n syamnas.. hehehe




Pas da hbis pusing satu Kg Budaya, kmi teruskan perjalanan ke pantai.. hehe.. Mula2 ingt nak masuk Pantai Damai. Tiket masuk Damai RM3. tp disebabkan kmi da pernah masuk b4 nih, kmi cancel p pantai 2..  Kami try pusing2 area situ kot2 ada pantai x berbayar n boleh lepak2.. hahha.. masuk punya masuk Kg Santubong, jumpa la Pantai Puteri.. ok jgk la pantai 2.. Tgk bawah ni


tudia.. depa main jengkek lagi
Cantik kan





Lepas habis bekelah kat pantai tuh kami pon gerak blk Kuching. P mkn kat waterfront.. Gambaq mkn x sempat ambil jgk pasal smua kalut mkn x hingat pasal tgah hari x mkn nasik lagi.. so mlm 2 bedal habis2san. Lpas mkn p ambil gambaq sket sbg penutup perjalanan hari tu secara rasminya.. (Sinah ambil gambaq x flash pulak dah.. spoil betul).. haha

l

Raya Aidil Adha bersama lontong di perantauan (perantauan la sgt)..

Asalamualaikum.. wah terasa sgt lama tak update blog.. mmg lama sgt lah. dah bapa bulan da ni.. haha. kdg2 kan rasa nak update tp mls, kdg2 bz. bz wat apa aku pon x tau la.. bz wat2 bz kot..

Erm memandangkan cuti raya korban baru2 ni aku x blk kg, ktwg wat2 hapenning la kat umah sewa sekankang kera aku tuh.. padahal tggal bapa kerat je yg x blk.. tp untuk menunjukkan kemeriahan kami kepada yang balik kg seperti cik aina mardhiyah, terpaksa la wat2 happening kan..

pada mlm raya tu, aku ngntok gila kot.. aku bantai tdo dulu dari kol 7.45mlm-2 pg baru aku bgn.. hahhaa.. aku bgn tgk haousemate aku x tdo g.. so bermulalah aktvti di dapur pd pkul 2pg.. tung tang tung tang kat dapur 2..  smua x tau masak lontong kot.. so main hantam ja campak bahan2 dlm periuk.. hahha.. master chef lontong klu bkn si Sinah sapa lagi.. hahhaa.. aku tlg menyibuk ja kat citu.. aku nya tugas lak kena buat sambal tumis ikan bilis.. hahha.. aku pon x kurang jgk campak2kan semua bahan2 yg dirasakan betul ke dlm periuk x bergas tu. psal ktwg guna rice cooker.. sorang lagi housemate aku yang x blk adalah Sya.. dia punya kepakaran dalam mmbuat puding jagung.. hahahha.. lupa nak bgtau, aku bgun2 kol 2 tu dia dah siap dah msak puding jgung tuh.. semangat gila nak raya...

ni antara xtiviti ktwg pada pkul 2-4 pg hari raya..


Lepas dah hbis masak tu, dorang da ngntok x hingat.. aku jerk x ngntok pasal baru ja bgn kot.. hahha.. tp aku tdo gak kol 5pg tuh kejap.. kol 6 bgun.. siap2 g sembahyang raya kat masjid UNIMAS. ramai jgk la yang x balik kg.. penuh masjid ( bkn masjid tp dewan yg djdkan masjid pasal ramai sgt).

ni la xtviti lpas smbahyang raya... bergumbira bersama kawan2 yang x berapa ramai tuh.. haha..

geng FIT
geng FEB
ni antara juadah ktwg kat para jemputan.. hahhaa

puding Sha yang sgt2 sedap

sambal ikan bilis bersama lontong Sinah.. hahha.. nmpak mcm sedap. tp mmg sedap pon.. orang la kata.. kami x kata..  perasannya.. eeeewww

lepas mlyan tetamu dirumah comel kami, kami p serbu rumah Aida plak.. 





lps je hbs bercomel2lan kat umah Aida, kmi p beraya rumah Uncle Aida plak.. hihi.. tp x da gmbar la.. sebab semua bz nak mkn x sempat nak snap pic.. smua menunjukkan kelaparan di rumah uncle Aida. pasal mcm2 ada.. terasa mcm blk kg oo.  rendang, ktpat pulut, nasi lagi aku bedal.. hhehe.. sampai citu saja perjalanan raya pertama di tempat org.. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
,